Senyuman selalu menjadikan
diri kita dihargai. Senyuman boleh
menghilangkan stress kerana boleh menghilangkan rasa lelah, bosan dan juga
sedih. Ambil lah masa untuk senyum dengan mengenang perkara indah kerana ia
akan membuat fikiran lebih tenang.
Para saintis mendapati senyum dan
ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat
merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf
otak dan juga hormon-hormon. Pengkaji
dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian
menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Oleh kerana senyuman ini
mudah `berjangkit', tanpa disedari kita membantu mengubah emosi orang lain dan
mencetuskan keadaan menyenangkan.Senyuman akan membuatkan kita nampak lebih
yakin dan secara tidak langsung mendorong kita menjadi individu lebih positif.
Satu fakta yang tidak kurang penting, ia turut menjadi ejen awet muda.
Usah dilayani kesedihan
itu, jadikan ia sekuntum senyuman yang penuh kemanisan dan keikhlasan.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanya sebuah
perhentian yang mencabar dan penuh dugaan. Usah hanyut dengan kenikmatan
sementara dan keseronokan yang membawa derita kerana kehidupan yang abadilah
tujuan kita.
Kesedihan di dunia ini hanya bisikan perlahan yang akan hilang bersama hembusan angin. Usah dibuka lembaran kesedihan itu kerana ia tidak akan mengubah bunga yang sudah layu mekar semula. Usah bersedih apabila keseorangan kerana Allah itu sentiasa dekat bersama kita. Kepada-Nyalah kita meluahkan kesedihan, kegelisahan dan kerisauan.
Dan kepada-Nya jugalah kita
memohon ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan. Lihatiah betapa ramai orang
yang mencari kebahagiaan dan mengorbankan semua yang merika miliki untuk
mendapatkan kebahagiaan, hakikatnya mereka tidak mengetahui yang bahawa
kebahagiaan itu sangat hampir kepada mereka. Malah lebih dekat kepada mereka
berbanding setiap hembusan nafas mereka apabila mereka sentiasa mengingati
Allah.
Sesungguhnya Allah menyayangi kita melebihi kasih sayang, seorang ibu terhadap anaknya. Bagaimana mungkin untuk kita melayani kesedihan sedangkan kita adalah adalah hamba Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Rahmat dan belas kasih-Nya begitu luas dan meliputi segala sesuatu. Seyumlah, kerana senyumanmu itu mampu meruntuhkan tembok kesedihan dan menghancurkan benteng kesusahan.
Tapi sebenarnya lebih baik lagi
kalau kita boleh melemparkan senyuman kepada seseorang walaupun kita langsung
tak kenal dia.
Mengapa?
Selalunya
kita hanya melepasi orang lain dengan buat bodoh seolah-olah tidak nampak
mereka, berjalan lurus dengan wajah kosong. Sebaiknya kita mungkin boleh mula
memberikan mereka sedikit senyuman, untuk menunjukkan bahawa kita ni bukan
tunggul kayu. (sumber http://inchenaim.com)
Selalunya kebanyakan daripada
kita semua akan mengelakkan eye contact dan melihat muka orang asing
disekeliling kita itu.
Cuba buat ini: Lihat tepat ke mata orang yang tak dikenali itu, dan berikan mereka senyuman yang ikhlas. In most cases, kita akan dibalas kembali dengan senyuman.Lebih banyak kita tersenyum, lebih banyak senyuman yang kita akan dapat kembali.
Apa yang kita akan dapat pada
akhirnya?
Dunia yang ceria dan gembira